nooratiqahszly
3 tahun
Sakit Telinga , Kepala Dan Leher Kanan
Saya wanita berumur 20 tahun . Baru baru ini saya sakit telinga tetapi dah okay . Selepas itu leher dan bahu disebelah kanan saya rasa sakit tetapi tidak berdenyut denyut . Rasa sakit seperti lenguh . Kepala saya di sebelah kanan juga sekejap sakit sekejap okay . Adakah ia berkait dengan telinga saya atau masalah lain ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Masalah anda boleh disebabkan oleh masalah saraf, telinga, pergigian dan sebagainya. Sakit kepala pula boleh terjadi disebabkan permasalan yang telah dinyatakan tadi.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























