Sulit
4 tahun
Sakit tumit dan kadang2 dia enfect ke betis kaki dan pinggang
Saya wanita 18 tahun dan saya seorang yang gemok saya baru bekerja disalah sebuah restoren yang sangat popular dikalangan kita dan saya sebagai tukang masak dekat kitchen saya tak ada rehat saya kena basuh pingan kena potong apa semua goreng dan ada sorang bantu saya dia tukang masak jugak lelaki saya tak bole nak duduk diam daya kena berdiri dalam 2 jam setengah macam tuuu atau 3 jam baru saya duduk dan dari situ kaki saya sakit jalan terjeket2 sakit yaamat tuhan jee tahu bole beri penjelasan dan apa patut saya buat
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarakan keterangan yang anda berikan, gejala sakit tumit yang anda hadapi selepas kemalangan lampau boleh disebabkan:
- Akibat dari berdiri lama di tempat kerja
- Keretakan kecil tulang kaki - mungkin sukar untuk dijumpai dalam x-ray
- Koyakan ligamen atau tendon tapak kaki
- Bursitis - radang bursa (sejenis poket penyerap hentakan)
- Saraf kaki tersepit
- Kurang aliran darah pada kaki
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.