nabilahasri597
4 tahun
Sakit tumit kaki sebelah kiri
Saya berumur 22 tahun. Saya baru sahaja mengalami sakit ini ketika bangun dari tidur. Dan hanya sakit sebelah kiri sahaja. Apakah yang perlu dilakukan dan apakah puncanya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit tumit sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kecederaan : disebabkan oleh retakan tekanan
- Terseliuh
- Plantar fasciitis - keradangan tisu penghubung pada tapak kaki
- Bursitis - yaitu keradangan pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang
Sebaiknya anda merujuk ke doktor agar dapat dilanjutkan dengan terapi yang sesuai supaya masalah anda tidak berlanjut menjadi parah. Selain itu, digalakkan juga agar anda melakukan hal seperti:
- Elakkan memakai kasut tumit tinggi terlalu lama
- Pakai kasut yang selesa
- Pakai kasut yang sesuai bila bersukan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.