
cheritachucks
4 tahun
Sakit Ulu Hati dan Kanan Perut
Assalamualaikum Dr.
Saya mengalami sakit ulu hati ketika baring mengiring sebelah kiri sewaktu tidur. Saya telah menjalani OGDS dan keputusannya ada sedikit keradangan di deodenum dan Dr telah memberi ubat.
Jika saya duduk terlalu lama, saya akan terasa sakit seakan2 terbakar pada bahagian kanan perut saya. Semenjak seminggu ini, najis saya berwarna gelap. Adakah ia berpunca dari paracetamol yg saya mkn atau lain?.
Mohon pencerahan daripada Dr. Terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Antara penyakit penting untuk dikesan apabila seseorang mempunyai simptom pedih ulu hati adalah:
- Sakit jantung. Kekurangan oksigen pada bahagian kanan atau bawah jantung boleh menyebabkan pedih ulu hati. Oleh itu, anda perlu berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan dan penyiasatan yang lebih lanjut.
- Radang pada pankreas. Individu yang mempunyai masalah pedih ulu hati yang sangat teruk kebiasaanya akan disyaki untuk mengalami masalah ini.
- Luka pada perut atau duodenum (penyakit ulser peptik). Situasi ini biasanya melibatkan kehilangan darah dan najis bertukar menjadi warna hitam.
- Batu pada saluran hempedu.
Bagi masalah tersebut, garis panduan yang biasa diikuti adalah dengan memberikan anda dengan rawatan yang ringkas. Ubat seperti omeprazole boleh mengurangkan jumlah asid yang dihasilkan boleh membantu mengurangkan pedih ulu hati. Selain itu, satu lagi jenis ubat yang boleh diberi adalah anti-histamin. Selain ubat-ubatan, anda juga disarankan untuk mengurangkan berat badan, elakkan dari merokok serta tidak terus baring selepas makan.
Sakit perut belah kanan boleh disebabkan oleh beberapa punca:
- Ketidakhadaman
- Angin Perut
- Senggugut
- Radang Appendix
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami, Terima Kasih