Sulit
5 tahun
Sakit zakar ketika normal state dan erection
Saya mmg dr remaja ampai skrg msih beronani…Skrg dah kurang…Dan prnah berhenti setahun…Tp habit negative ni dtg balik sbb senang sgt access materials2…Zakar sy senang sakit kne kain seluar pon kepala rsa mcm xselesa…Bila ejakulasi mmg rsa sensitive sgt2 dan belah bawah urethra rsa sakit… mcm mna nk rawat ya? sy prnah beli ubat sapu product pakar sakit tuan…Tp msih tak pulih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Kecederaan zakar
- Penyakit Peyronie (Peyronie’s disease)
- Jangkitan kelamin
- Batu karang di pundi kencing
- Gigitan serangga
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pernyelesaian.
Berkenaan produk ubat sapu tersebut, sekiranya anda mendapatkan produk tersebut bukan daripada preskripsi doktor, seeloknya anda berhenti menggunakannya kerana kami tidak tahu kandungan yang terdapat di dalam ubat tersebut.
Sekiranya anda mempunyai soalan lain, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat daripada doktor pakar kami. Terima kasih.

































