
Sulit
3 tahun
Salam doctor, adakah boleh mengandung jika kekasih lelaki tk masukkan kemaluan dia dalam faraj dan tkde sentuhan langsung antara kemaluan dia dengan kemaluan saya
salam doctor, adakah boleh mengandung jika kekasih lelaki tk masukkan kemaluan dia dalam faraj dan tkde sentuhan langsung antara kemaluan dia dengan kemaluan saya serta dia pancut pon atas badan dia sendiri dan saya masih lagi dara. adakah saya boleh mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, sekiranya anda bersama dengan pasangan tanpa penetrasi kemungkinan untuk pasangan anda hamil adalah rendah. Namun begitu, kemungkinan untuk pasangan anda hamil juga boleh berlaku sekiranya titisan air mani lelaki termasuk kedalam vagina. Bagi mendapatkan kepastian mengenai status kehamilan, pasangan anda boleh lakukan ujian kehamilan UPT selepas 2 minggu daripada tarikh anda bersama dengan pasangan.
Terdapat beberapa tanda kehamilan iaitu:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.