putrirezekialid
4 tahun
Saluran pernafasan sempit
Boleh saya nak tahu… Adakah saluran pernafasan mnjadi sempit berpunca dari gastrik Dan angin dalam badan trlalu banyak?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Agak kurang jelas disini apakah yang dimaksudkan dengan saluran pernafasan menyempit. Yang pasti ia bukanlah disebabkan oleh gastrik ataupun akibat angin badan terlalu banyak.
Kebiasaannya, saluran pernafasan sempit adalah sinonim dengan dua keadaan penyakit iaitu asma dan juga penyakit paru obstruktif kronik (COPD). Akan tetapi, terdapat beberapa seperti alergi ekstrim (anafilaksis) juga yang boleh menyebabkan penyempitan saluran pernafasan secara tiba-tiba. Sekiranya anda sering merasa sesak nafas, sila segera merujuk ke doktor memandangkan ia boleh jadi adalah merupakan akibat penyakit yang merbahaya.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.