
Sulit
5 tahun
Saraf kaki sakit pesakit kencing manis
Saya pesakit kencing manis. Kaki saya sakit menyucuk nyucuk sehingga menganggunpergerakan dan tidur saya. Saya sudah amalakn ubat vitamin neurogen e b 12 sebagai supplement… Pengambilan 1 kali sehari. Lately sakit saya sg menganggu kehidupan saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat petang! Terima kasih atas soalan anda.
Seperti yang anda telah menyatakan, anda seorang pesakit diabetik. Anda berkemungkinan mengalami penyakit diabetik neuropati periferal (diabetic peripheral neuropathy).
Diabetik neuropati periferal adalah kerosakan saraf yang disebabkan oleh kadar gula darah yang tinggi dan kencing manis. Ia menyebabkan:
- Rasa kebas
- Kehilangan sensasi
- Kesakitan di kaki, betis, atau tangan anda.
Ia adalah komplikasi diabetes yang paling biasa. Kadar gula yang sangat tinggi dalam darah boleh merosakkan saraf kaki dan juga bahagian lain badan anda. Saraf yang rosak ini tidak boleh membawa mesej di antara otak dan bahagian badan yang lain. Ini bermakna anda mungkin tidak merasa panas, sejuk, atau sakit di kaki atau tangan anda. Jika anda mendapat luka atau sakit pada kaki anda, anda mungkin tidak tahu, sebab itulah sangat penting untuk memeriksa kaki anda setiap hari. Akibatnya boleh mengancam nyawa.
Langkah pertama untuk mengatasi masalah ini ialah kawal kadar gula dalam darah anda dan teruskan mengawalnya supaya tidak meningkat semula. Ini ialah langkah yang paling penting untuk mengelakkan komplikasi kenicng manis.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.