
Sulit
3 tahun
Sawan keluar air liur
Assalamualaikum … Saya nak tanya adakah sawan dikategorikan sebagai gila? Jadi kalau saya puasa adakah puasa saya itu batal… Dalam keadaan saya tidak sedar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, sawan adalah salah satu gejala yang berpunca daripada masalah kesihatan fizikal. Sawan ataupun ‘seizure’ boleh disebabkan oleh gangguan cetusan elektrik dalam sel-sel otak. Antara punca sawan adalah :
- jangkitan pada otak
- dehydrasi
- kekurangan natrium atau glukos dalam badan
- pendarahan dalam otak
- ketumbuhan dalam otak
Sawan yang berterusan boleh dikategorikan sebagai epilepsi. Gejala sawan ini boleh dirawat sekiranya punca sawan tersebut dikenal pasti. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya anda dapat dibantu.
Mengenai soalan puasa anda, sebaiknya anda merujuk kepada ustaz/ustazah supaya anda boleh dibantu selanjutnya.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.