Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sawan mata tak nampak

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: November 17, 2021 2:41 PM

Sulit 2 bulan

Saya lelaki umur 24 ketas saya sering mengalami mata hitam ketas memang nampak mata putih je urat urat badan saya selalu bengkak selalu kalau jadi saya nampak huruf pastu mata saya naik ke atas memang macam buta sekejap dah macam macam cara saya buat minum air anugerah pun tak jadi saya dulu ada gangguan mental tapi sekarang dah pulih saya pernah jatuh kat lantai pastu kawan saya cerita mulut saya berbuih mata saya ke atas minta jasa baik doktor bagitau cara merawatnya terima kasih

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pitam yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:

  • “Vagal overactivity” - perkara ini berlaku apabila saraf vagus didalam badan terlebih akti apabila berlaku stres seperti meilhat perkara yang tidak menyenangkan
  • Penyakit dalaman telinga - seperti Penyakit Meniere, vertigo posisi
  • Penyakit ritma jantung - terlebih atau terkurang laju
  • Kurang gula - akibat terlalu banyak hormon stres dirembes dalam badan yang menyebabkan kekurangan gula

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Wed Nov 17 2021 14:41:34 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar tentang kesihatan am secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19