
Sulit
4 tahun
Saya ada anxiety..gastrik..tak ada selera makan..telinga berdesing..hidung tersumbat..tak boleh tidur malam
doc sy nak tanya…saya ade dapat anxiety baru baru ini…dan saya ada pergi klinik ambil ubat anxiety…doctor bagi saya alprazolam warna putih makan 1 biji sehari…masalah sekarang…saya kena gastrik juga sebab tak ada selera makan…telinga berdesing.,hidung tersumbat… saya ada makam supplement vitamin c…omega 3…b complex…bolekah saya makan semua supplement tu semasa saya mengambil ubat penenang alprazolam tu…lagi satu bolekah saya minum soya ESP SHAKLEE SOY PROTEIN ISOLATE TU JUGA…soya ni untuk kurang kan gastrik…ada apa2 effect tak doctor kalau saya makan supplement tu dgn soya tu semasa mengambil aprazolam…pstu hidung tersumbat dan telinga berdesing adakah punca sebab anxiety? tak boleh tidur malam tp bila makan alprazolam baru la sya boleh tidur…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Usia
- Bunyi yang kuat
- Tahi telinga yang penuh
- perubahan tulang telinga (Otosclerosis)
- Salur telinga eustachian tidak berfungsi dengan baik
- Ketumbuhan di telinga
- Penyakit Meniere
Setiap penyakit yang disenaraikan mempunya gejala yang berkaitan seperti pendengaran yang rosak, pening kepala, muntah-muntah dan sejarah jangkitan virus yang teruk. Kami memerlukan lebih maklumat untuk mengenal pasti masalah anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.