
Sulit
4 tahun
Saya bekas pesakit convid-19
selepas saya habis kuarantin 10 dan pulang kerumah, normal ke saya rasa sakit-sakit badan dan kaki tangan macam kebas dan berpeluh? saya tidak demam… ke ini semua efek dari convid-19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah saraf
- Kecederaan pada tangan dan kaki
- Osteoarthritis
- Rheumatoid arthitis
- Septic arhritis
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan sama ada gejala yang dialami oleh anda itu adalah disebabkan oleh COVID-19 ataupun punca yang lain. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini