
Sulit
3 tahun
Saya belum mendapat period saya
Saya wanita dalam 20an , saya telah melakukan hubungan sex dengan bf saya pada 5 December ! Dan biasanya period saya jatuh pada tarikh 7-9 haribulan ! Dan sudah 17 hari saya tidak mendapat period ! Sebelum ni period saya pernah skip Dan selepas sebulan saya dapat period , tapi masa tu saya tidak melakukan hubungan sex !

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kita tidak dapat buat pengesahan jika anda mengandung atau tidak secara atas talian. Anda disarankan untuk membuat ujian UPT untuk pengesahan. Sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan