
Sulit
4 tahun
Saya dah setahun lebih tidak datang Bulan… Kemudian buat upt Dan mendapati positif
Saya wanita berumur 20an… saya sudah setahun lebih tidak datang Bulan kemudian terfikir untuk membuat urin test Dan saya mendapati ianya positif… adakah saya Perlu berjumpa dengan doctor pakar ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah anda buat masa ini. Perkara ini perlu diberi perhatian kerana anda sudah tidak datang haid buat tempoh masa yang lama dan perkara ini perlu disiasat untuk diketahui puncanya supaya rawatan dapat diberikan.
Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu mengalami masalah tidak datang haid buat tempoh yang lama:
- Sindrom polisistik ovari ( polycystic ovarian syndrome /PCOS)
- Ketidakseimbangan hormon
- Jadual atau aktiviti harian yang terlalu sibuk
- Tekanan emosi atau stres
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Penggunaan perancang (pil/suntikan/implan)
- Kegagalan ovari (ovarian failure)
- Hamil; kami mengambil kira faktor ini kerana anda menyatakan bahawa keputusan UPT anda positif di dalam ruangan soalan
Anda masih risau tentang haid yang tidak datang? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Walaupun keputusan UPT anda positif, pengesahan perlu dibuat di klinik untuk melihat sama ada anda mengandung ataupun tidak.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut mengenai masalah yang anda sedang alami.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.