
Sulit
4 tahun
Saya demam malam sudah 7 hari - low grade fever - saya sangat risau
Saya tidak ada batuk atau selsema. Demam ketika malam atau pukul 5 ke atas. Suhu saya diantara 36.9 atau 37.00. Kenapa macam ni doktor?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, demam adalah merupakan reaksi tubuh badan kita terhadap jangkitan. Demambukan penyakit, tetapi demam adalah merupakan gejala bagi sesuatu penyakit. Suhu tubuh manusia yang normal adalah sekitar 36.5℃-37.5℃.
Merujuk kepada bacaan suhu anda yang yaitu 36.9-37.0℃, boleh dikatakan anda tidak demam.
Untuk rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian, klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih