Sulit
5 tahun
Saya di sah kan menghidap gonorrhea
Hai saya wanita 28 sudah berkahwin dan mempunyai anak. Malangnya pada perkahwinan ke 4 tahun saya di sahkan menghidap penyakit kelamin gonorrhea… soalan saya, selepas suntikan dan pil antibiotik yang di ambil adakah virus itu akan hilang dan saya akan bebas dari penyakit kelamin?
Soalan kedua , adakah baju yang dibasuh akan melekat bateria gonorrhea itu dan bolehkah terjangkit kepada anak2 saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk pengetahuan anda, penyakit gonorrhea boleh sembuh jika anda mengikuti rawatan yang dianjurkan oleh doktor dengan berdisiplin dan menghabiskan ubat antibiotik yang diberikan. Terdapat kebarangkalian yang bakteria tersebut untuk melekat pada pakaian tetapi ianya adalah sangat jarang dan adalah sangat susah untuk penyakit ini merebak melalui pakaian. Penyakit jangkitan kelamin (STD) boleh merebak melalui sentuhan alat sulit atau cecair yang dikeluarkan alat sulit.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.


































