
Sulit
4 tahun
Saya ingin dapatkan kepastian tentang risiko jankitan hiv kerana saya baru semalam langgan seorang pelacur mohon doktor boleh perjelaskan tentang masalah saya
Saya seorang lelaki 20an . Semalam saya telah melanggan sorang pelacur dan saya having sex menggunakan kondom tapi saya di blowjob tanpa guna kondom . Adakah jangkitan hiv berisiko tinggi pada diri saya? Bila kah saya boleh pergi ke klinik utk buat rapid test? Dan jika saya buat rapid test selepas 2-3 hari peristiwa itu adakah result yg saya dapat tepat? Mohon penjelasan doktor . Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan yang anda hadapi pada masa ini.
Untuk makluman anda, HIV dapat disebarkan melalui:
- Hubungan seks bebas (bertukar pasangan / homoseksual / heteroseksual)
- Melakukan seks tanpa perlindungan (oral, kemaluan atau dubur)
- Penggunaan dan perkongsian jarum dalam kalangan penagih dadah
- Lahir dari ibu yang positif HIV
- Transfusi darah (darah yang tidak disaring)
Disebabkan anda melanggan pekerja seks, risiko untuk mendapat jangkitan adalah tinggi kerana anda tidak mengetahui status HIV pasangan seks anda. Sekiranya pasangan anda positif, anda boleh mendapat virus tersebut dengan serta merta namun jumlah virus perlu meningkat di dalam badan untuk menyebabkan anda menunjukkan gejala jangkitan.
Sekiranya anda membuat rapid test dan keputusannya positif, anda perlu membuat ujian yang lebih spesifik dan lebih teliti seperti kiraan virus atau (viral load) dan kiraan sel CD4 (CD4 count) untuk mengesahkan bahawa anda benar-benar positif dijangkiti HIV ataupun tidak. Hal ini kerana kit ujian rapid boleh memberikan keputusan positif salah (false positive).
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Kami sarankan anda agar berjumpa dengan doktor supaya kaunseling dan siasatan dapat dibuat terhadap anda dan rawatan dapat diberikan.
Sekiranya anda masih mempunyai keraguan, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.