
Sulit
4 tahun
Saya ingin mengetahui adakah potensi ubtuk hamil tu ada taupun tiada ,
salam doktor saya nak tanya kalau gesel kemaluan lelaki yg berbaki air mani di vagina menyebabkan mengandung ke tapi air mani tu sudah kering dekat kemaluan lelaki tersebut? and kalau la dia masih dara ada potensi untuk mengandung ke or itu hanya mitos biasa ye boleh doktor terangkan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Waalaikumsalam, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk berlakunya kehamilan, pertama sekali hubungan seks harus berlaku tanpa perlindungan atau perancang kehamilan yang lain. Harus berlaku penembusan zakar ke dalam faraj serta perlepasan air mani ke dalam faraj tersebut. Selain itu, wanita tersebut juga harus dalam keadaan subur dimana, telur tersedia untuk disenyawakan dengan sperma. Kemudian, telur yang telah disenyawakan harus tertanam ke dalam dinding rahim bagi tujuan pertumbuhan bayi tersebut.
Saya berpendapat, masih dara seperti yang anda jelaskan di atas adalah kerana tiada penembusan faraj berlaku. Sekiranya tiada penembusan berlaku, kemungkinan untuk hamil mungkin tipis.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui jawapan tepat bagi soalan yang diajukan, maklumat lanjut diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diperlukan. Terima kasih.