
Sulit
5 tahun
Saya ingin tahu tanda2 kehamilan
saya wanita dalam 20an’. saya baru sahaja bekahwin pada 14th August 2019. sejak 2 hari yag lepas sy selalu merasa sakit kepala, loya. perut saya pun kembung. sekarang bila suami dekat dengan saya, saya rasa mual mual. adakah ini tanda2 hamil? last sy period 1 August 2019. sy pun tak pernah buat apa2 ujian lagi setakat ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, berikut adalah 20 tanda-tanda awal kehamilan untuk anda rujuk dan kenalpasti simptom yang terdapat pada anda:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Pening
- Kerap membuang air kencing
- Bengkak pada kaki (edema)
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana
Sekiranya anda ragu-ragu dengan status kehamilan anda, sebaiknya melakukan pemeriksaan sederhana seperti pemeriksaan urine pregnancy test (UPT). Sebagai tips, sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi. Klik link ini tentang (bagaimana menggunakan ujian kehamilan)
Seandainya masih ragu-ragu, adalah dianjurkan untuk anda mengunjungi doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan tambahan berupa pemeriksaan darah. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.