Sulit

21 bulan

Saya lelaki umur 27. Saya rasa ada kanser. Bengkak bermula di payudara kiri, dan macam dah merebak ke seluruh badan

salam doktor. sebagaimana tajuk diatas, saya rasa saya ada penyakit kanser. saya ada bertanya dah di forum ni dulu https://www.doctoroncall.com.my/tanya/soalan/payudara-lelaki-sebelah-kiri-nampak-bengkak-besar/197485 dan https://www.doctoroncall.com.my/tanya/soalan/payudara-lelaki-sebelah-kiri-nampak-bengkak-besarp/199613

bermula bengkak di payudara, lepas tu saya ada perasan bengkak di bahagian ketiak kiri. dah jumpa doktor siap xray doktor kata tisu bengkak je. lepas tu dekat chest serta belakang badan saya pun macam banyak jumpa bengkak baru. dah pergi klinik lagi doktor kata normal semua, tu tulang saya je. tapi saya tahu tu memang bengkak lepas tu saya ada perasan dan rasa tak selesa pada leher, dah pergi cek jugak doktor kata normal jugak walaupun memang bengkak,

badan saya pun sekarang banyak twitch dekat seluruh badan, dan saya dapat rasakan yang twitch ni yang menyebabkan banyak timbul lump pada badan saya.

lepas tu saya dapat rasakan tulang belakan saya menghala kebahagian punggung tu pun macam bengkak. dan dalam telinga saya belah kiri pun ada bengkak macam jerawat, dah cek doktor semua doktor kata jangkitan kuman je doktor bagi ubat titis, tapi sampai sekarang takde perubahan.

mata saya sekarang ni pun tiba2 muncul eye floaters, sebelum ni takde apa pun. doktor kata ni gejala biasa je.

bahagian paha dekat pinggang kiri pun ada bengkak tapi doktor kata normal.

perut saya sekarang pun rasa pelik twitch pun semua ada. lutut saya pun saya rasa macam bengkak tapi bengkak yang lembut.

dan belakang kepala saya pun rasa macam ada bengkak, tak tahulah sama ada ini cuma perasaan saya ataupun tidak.

hidung saya pun tersumbat sebelah, cuma kalau buat aktiviti macam joging atau angkat barang basuh pinggan semua ok je. jadi tersumbat bila macam dalam keadaan tenang tak buat apa.

saya pun dah buat pemeriksaan darah semua ok.cuma ada sedikit je yang high dan low. saya list kan kat bawah result darah saya yang tak normal je sebab tak larat nak taip semua.

  1. Fasting blood sugar. result 4.9 … Ref Non Diabetic <6.1
  2. cholestrol. result 6.2 … Ref High >6.2
  3. hdl cholestrol. result 2.18 … Ref (1.03-1.55)
  4. Total bilirubin. result 23.9 … Ref (5.0-21.0)
  5. Phospate inorganic. result 1.64 … Ref (0.81-1.45)

darah thyroid, calcium,magnesium semua ok. hati dan kidney pun ok.

saya pun dah siap jumpa kaunselor lagi buat ujian DASS semua doktor ingat saya ada anxiety, resultnya moderate sahaja, dan kaunselor kata pun saya normal je tak teruk sangat.

walaupun dah berapa kali pergi klinik kkm, doktor yang cek pun doktor lain2, tapi semuanya kata normal. tapi saya tahu badan saya macam mana memang ada sesuatu yang tak kena. sebab fikir tak logik takkanlah semua simptom yang saya dapat tu terjadi pada masa yang sama.

saya jadi tak puas hati sebab takde buat pemeriksaan guna ultrasaound, ct scan dan segala2 scan yang ada tu je lah. semua atas pemerhatian fizikal dan cek guna tangan saja. saya pun ada request nak buat scan pada badan saya tapi doktor kata tak perlu pun.

sekarang ni saya jadi banyak fikir, takut ada kanser, dan kalau ada kanser mungkin dah merebak. kalau bukan kanser pun mesti ada benda lain yang triggered badan saya jadi macam ni, sebab saya tahu memang ada yang tak kena pada badan saya, dari atas sampai lah kebawah.

saya nak pergi cek dekat swasta pun tak mampu. saya pun tak tahu dah nak buat apa lagi, dari tahun lepas saya pergi klinik semua doktor kata normal.

harap doktor dapat memberi penjelasan tentang situasi saya, terima kasih.

Dr Ramzdhan,

21 bulan

Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:

  • Benjolan lemak
  • Gumpalan tisu fiber
  • Kelenjar bengkak
  • Foliculitis - Jangkitan kulit
  • Cyst/Kista
  • Nanah akibat jangkitan

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!

AdobeStock_366673356

mdoc-consult

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)