
Sulit
3 tahun
Saya lewat datang haid dan saya rasa sakit di miss v
Saya umur 19 tahun haid saya tidak datang sekarang dari waktu dijangka dan sejak saya masuk belajar saya dapat haid saya tidak teratur . Selain itu , sejak sebulan nie saya rasa ngilu di miss v ketika keputihan saya keluar apa tanda nya ? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah haid lewat dan rasa sakit pada miss V. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala haid lewat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Kecedaraan ataupun luka pada kemaluan
Ia juga boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan doktor seperti :
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Jangkitan kuman pada kemaluan
Oleh itu, anda juga digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi