
Sulit
4 tahun
Saya masih hamil atau tidak
Saya berumur 21 tahun dan telah berkahwin. Period saya sepatutnya datang 30/9 tapi lewat seminggu. Selepas itu, saya cek upt dan dapat result positif. 3hari selepas itu, saya senggugut dan datang haid tapi tak banyak seperti selalu dan darah berwarna coklat. Saya cek upt semula sehari selepas hari pertama haid pada waktu petang dan dapat result negative. 4 hari kemudian waktu pagi selepas bangun tidur saya cek upt semula naik double line tapi 1 line sedikit kabur. Adakah saya masih hamil atau telah mengalami keguguran?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, situasi yang anda alami mengenai ujian kehamilan melalui air kencing anda (UPT) serta kedatangan haid yang berwarna coklat tersebut mungkin menandakan bahawa anda telah mengalami keguguran.
Ujian UPT ini berfungsi untuk mengesan jumlah hormon HCG iaitu sejenis hormon yang dirembeskan khususnya ketika kehamilan yang dikeluarkan melalui air kencing. Gejala kedatangan haid dan senggugut yang anda alami serta darah berwarna coklat tersebut boleh menandakan bahawa implantasi janin telah gagal dan sel persenyawaan tersebut telah gugur dari rahim anda.
Ujian UPT yang anda lakukan selepas itu menunjukkan keputusan positif palsu, bermaksud hormon HCG tersebut masih terkandung dalam darah dan air kencing tetapi kehamilan tidak berlaku. Hormon HCG ini akan kekal di mengalir dalam darah lebih kurang selama 1-2 bulan selepas keguguran dan ia akan memberikan keputusan UPT yang kurang tepat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Kami harap jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.