
Sulit
3 tahun
Saya mempunyai kulat kulit , ubat apa yang terbaik untuk saya sebab banyak ubatan yang saya sudah cuba
Saya wanita dalam umur 18 ke atas. Saya ad terbaca , kalau mempunyai prnyakit animea boleh menyebabkan kulat kulit , saya ada animea , dr boleh suggest ubat untuk saya? Saya mintak tlg sngt ii

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan kulit anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah kulat kulit dan ingin meminta pandangan tentang ubat-ubatan yang boleh membantu anda. Saya akan cuba memberikan maklumat sebaik mungkin.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis penyakit kulat yang bergantung kepada lokasinya:
Jangkitan pada kuku seperti berikut:
- Kuku menjadi rapuh.
- Kasar.
- Kusam.
- Herot-benyot (bentuk)
Tinea pedis (kaki) atau dipanggil ‘athlete’s foot’.
- Terjadi di antara ibu jari dan bahagian kaki yang lain.
- Rasa gatal dan pedih di bahagian yang basah.
Tinea capitis (kulit kepala)
- Keadaan kemerah-merahan di kulit kepala.
- Rambut menjadi rapuh.
- Boleh menyebabkan ada bahagian yang botak.
Tinea corporis (badan)
- Badan kemerah-merahan dan bersisik dibahagian tengah kulit yang dijangkiti.
- Mungkin juga menjadi ruam berbentuk bulat.
- Gatal-gatal.
- Rasa gatal ini akan lebih ketara apabila berehat.
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan preskripsi ubat-ubatan yang sesuai agar keadaan ini dapat ditangani.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kulit kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!