Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Saya mengalami masalah kuat berpeluh

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 9, 2020 1:37 PM

Sulit 2 bulan

selamat sejahtera doktor. saya berumur 16 tahun dan sejak beberapa tahun dahulu sehingga sekarang saya kerap berpeluh di bahagian dahi,mulut,dan leher kadang kadang di bahagian tangan…keadaan ini berlaku ketika melakukan aktiviti sukan atau bersenam…tetapi saya berpeluh juga jika saya berjalan dan naik turun tangga sedangkan tidak berapa jauh…selain itu selepas 10 minit mandi saya akan keluar peluh di bahagian mulut dan dahi…kadang kala jika ingin keluar dengan memakai krim muka, ketika berjalan saya akan keluar peluh yang sangat mengganggu penampilan saya…kenapa saya mengalami keadaan begini?

Dr Ramzdhan 4 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala kuat berpeluh ini boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Primary atau Secondary.

Primary adalah disebabkan oleh kelenjar peluh (sweat gland) dalam badan anda amat aktif terutamanya semasa menjalankan sebarang aktiviti atau merasai emosi yang kuat. Dalam individu yang mempunyai Secondary hyperhidrosis, mereka selalu berpeluh semasa tidur dan sentiasa akan berkaitan dengan kehamilan atau penyakit yang lain seperti:

  • Kencing manis
  • Masalah tiroid
  • Obesiti
  • Jangkitan
  • Gout

Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sat May 09 2020 13:37:29 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Endokrinologi tentang masalah peluh secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Berpeluh pada waktu pagi Saya wanita dalam 20an dan saya mengalami kuat berpeluh pada waktu pagi… Saya tidak tahu kenapa…meskipun saya tidak berjogging… Baca lagi...
12 bulan
Sulit
Tapak tangan berpeluh saya berusia 21 tahun nak tanya kenapa tapak tangan dan kaki cepat berpeluh dan ianya menyukarkan saya membuat kerja adakah normal Baca lagi...
12 bulan
Sulit
Berpeluh walaupun dekat dengan kipas Saya perempuan berusia 22 tahun, sejak beberap hari lepas saya merasakan tangan dan badan saya panas sehingga berpeluh walaupun saya berada dekat dengan kipas tidak kira siang atau malam. Selai… Baca lagi...
27 hari
Sulit
Masalah kuat berpeluh di badan saya wanita berumur 17tahun. saya telah berjumpa dengan doktor tentang masalah berpeluh saya dan doktor itu cuma mencadangkan saya untuk menurunkan berat badan. saya cuba namun ia memakan masa t… Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Sering berpeluh tangan Suami saya berusia 23 tahun…dia sering merasa pelik tangannya selalu berpeluh…apakah faktor yang menyebabkan tersebut… Baca lagi...
12 bulan
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15