shahshahrul353
6 tahun
Saya mengalami masalah pancut awal
Saya suami 22 tahun yang lemah tenaga batin… Apa yang harus saya laku kan untuk pulih kan tenaga batin saya
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah ejakulasi pra-matang boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kurang berpengalaman seksual
- Isu dengan imej badan
- Kebaharuan hubungan
- Terlalu banyak rangsangan
- Sakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi
Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh:
- Bertenang sebelum melakukan hubungan seks
- Berbincang dengan pasangan
- Alihkan perhatian ketika hubungan seks
- Perbanyakkan "foreplay’
- Psikoterapi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



















