Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Saya mengalami nafas/mulut berbau sudah bertahun-tahun

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Januari 26, 2021 9:39 AM

Sulit 39 hari

Saya wanita berusia 30thn. Saya mengalami mulut berbau, saya dapati ada batu tonsil dan bila saya cuba cucuk guna cotton bud ada bau nanah. Adakah cara penyelesaian untuk saya hilangkan mulut berbau saya ini dr? Terima kasih

Dr Sri Viknarajan 39 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, mulut atau nafas yang berbau, boleh melibatkan beberapa jenis penyakit atau gangguan tubuh, antaranya:

  • Radang tonsil atau Tonsillitis
  • Radang peritonsil
  • Ketumbuhan dalam tekak
  • Radang atau abses tekak
  • Gangguan gusi
  • Gigi berlubang

Saya sarankan anda untuk merujuk ke doktor dalam waktu yang terdekat kerana dikhuatiri jika gejala yang dialami adalah disebabkan gangguan tonsil, ia boleh menggangu saluran pernafasan, saluran makan atau demam.

Namun buat sementara waktu anda boleh:

  • berehat secukupnya
  • kerap minum air
  • berada dalam persekitaran yang lembab atau menggunakan humidifier
  • elakkan konsumsi makanan dan minuman terlalu panas atau terlalu sejuk

Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.

Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).

Dikemaskini pada: Tue Jan 26 2021 09:39:22 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Bedah tentang tonsil secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA