Sulit
4 tahun
Saya mengambil suntik perancang tapi tak datang haid
saya berumur 24 tahun . saya ada mengambil suntik percang awal bulan 3 tapi sehingga sekarang saya tak datang haid . ada apa apa masalah ke doktor ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid lewat ini merupakan kesan sampingan ubat suntikan perancang ini. Kebiasaannya, haid lewat setelah suntikan depo adalah bersifat sementara. Badan mengambil masa 3 bulan untuk kembali mempunyai kitaran haid yang normal.
Jika masalah ini berlanjutan, anda disarankan untuk mendapatkan konsultasi lanjut.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.