
Sulit
4 tahun
Saya mengambil ubat diabetmin 3 kali /1 hari , kencing manis masih tinggi .Adakah sy perlu increase pengambilan dos tersebut?
sekarang saya kerap mengalami sakit pinggang, adakah sebab pengambilan ubatan tersebut ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Metformin sememangnya merupakan salah satu daripada pilihan rawatan bagi penyakit kencing manis. Walau bagaimanapun untuk mengetahui secara jelas tentang kombinasi atas kaedah bagi memaksimumkan penggunaan ubat tersebut, anda tetap perlu merujuk kepada doktor anda yang telah mempreskripsikan ubat.
Selain itu anda perlu tahu bahawa kesan ubat (umumnya) sangat bervariasi dari individu ke individu yang lain. Oleh itu setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus. Justeru walaupun kajian mendapati bahawa ubat-ubatan ini mempunyai manfaatnya yang spesifik, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung agar rawatan yang komprehensif dan berkesinambungan dapat diberikan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.