
Sulit
4 tahun
Saya mudah ejakulasi dan tidak mampu bertahan lama ketika beronani. Adakah akan beri kesan yang sama ketika melakukan hubungan seks real
Saya berusia 20 tahun dan mula beronani dari usia 13 tahun. Saya ingin bertanya, ketika saya beronani saya hanya mampu bertahan kurang dari seminit. Adakah ketika saya melakukan hubungan seks yang sebenar, saya masih akan ejakulasi kurang dari seminit atau saya akan bertahan lebih lama. Penis saya juga tidak menegak dan tegang ketika bangun tidur. Adakah normal

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi iaitu ejakulasi pramatang yang dialami anda.
Untuk makluman pihak anda, masalah ejakulasi pramatang boleh berlaku dan bukan perkara yang harus dirisaukan jika tidak kerap berlaku. Namun, anda harus tahu punca ejakulasi pramatang boleh berlaku seperti:
- Faktor Psikologi
- Pengalaman seksual yang awal
- Gangguan/deraan seksual
- Rasa rendah diri dengan imej badan
- Kemurungan
- Risau akan ejakulasi awal
- Rasa bersalah semasa melakukan aktiviti seksual
- Faktor biologi
- Tahap hormon yang tidak normal
- Tahap neurotrasnmitter yang tidak normal
- Keradanagan atau jangkitan di urethra
- Mewarisi sifat
Anda mungkin didiagnos dengan ejakulasi pramatang jika anda:
- Sering mencapai ejakulasi dalam masa 1 minit
- Anda tidak dapat mengawal ejakulasi untuk melambatkannya setiap masa
- Anda rasa tertekan dan kecewa lalu mengelakkan aktiviti seksual
Ingin juga saya sertakan antara punca-punca yang menyebabkan mati pucuk adalah seperti:
- Faktor usia & hormon
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Terdapat beberapa cara yang boleh berkemungkinan digunakan untuk mengatasi hal tersebut antaranya ialah:
- Doktor boleh mengesyorkan kaunseling daripada ahli terapi yang pakar dalam hubungan seksual, atau “pasangan terapi.”
- Beberapa ubat antidepresan dapat membantu sesetengah lelaki atasi masalah pancutan pramatang dengan cara menunda ejakulasi.
- Sesetengah terapi topikal boleh digunakan pada buah zakar sebelum seks, dengan atau tanpa kondom.
- Kaedah permulaan dan hentian: cara ini bertujuan untuk meningkatkan kawalan seseorang terhadap ejakulasi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah