Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Saya penghidap ekzema mengalami gatal-gatal dan kulit semakin hitam

Dijawab oleh: Dr Ilias

Dikemaskini pada: Disember 11, 2018 1:44 AM

Mohammad 22 bulan

Salam doktor, saya salah seorang penghidap eczema sejak kecil. Kenapa ya bila di tempat yg gatal seperti di lipatan kaki tangan serta leher dan kulit semakin hitam?

Dr Ilias 22 bulan
General Practitioner

Hi, terima kasih untuk soalan anda. Ekzema adalah sejenis keadaan kulit yang menyebabkan kulit keradangan dan gatal. Tiada ubat yang dapat menghapuskan penyakit ekzema sehingga kini.

Walau bagaimanapun, anda boleh mengawal gejala penyakit ini dengan berkesan dengan ubat-ubatan untuk mengelakkan kerengsaan dan mengelak bahan yang menyebabkan alahan kepada anda. Prinsip penting bagi merawat ekzema adalah untuk mencegah dan melegakan gatal-gatal. Anda harus sentiasa menjaga kulit dan memastikan kulit lembap dengan menggunakan losyen. Anda boleh mengurangkan gatal-gatal dengan menggunakan pemampat sejuk dan ubat topikal seperti krim hydrocortisone 1%.

Anda juga boleh mengawal kekerapan gejala ekzema anda. Elakkan dari berpeluh dan berada di kawasan yang terlalu panas, kurangkan tahap stress, elakkan pakaian yang diperbuat daripada bulu, gunakan pakaian yang diperbuat daripada kain kapas yang dapat menyerap peluh, elakkan detergen, sabun dan pelarut yang terlalu kuat. Anda harus selalu menjaga makanan yang anda makan dan lihat reaksi kulit anda. Elakkan apa-apa yang boleh menyebabkan alahan.

Ekzema boleh menjadi rumit untuk dirawat tetapi dengan penjagaan yang betul dan mengelakkan daripada bahan alahan, anda boleh dapat mencapai remisi.Semoga info yang sedikit sebanyak ini membantu anda dalam menangani masalah anda.

Dikemaskini pada: Tue Dec 11 2018 01:44:45 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kulit tentang ekzema secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
ismanorfahmi
Eczema di tapak kaki dan pergelangan buku lali Saya mengalami exzema di tapak kaki dan pergelangan buku lali kaki kiri dan pernah mencuba ubat Cap Kaki Tiga, ianya menjadi lebih teruk. Kemudian semasa di Bucharest, Romania, saya ada membeli Diprog… Baca lagi...
15 bulan
Sulit
Eczema. Kulit sensitive Saya wanita dalam 20’an. Saya mempunyai masalah penyakit eczema. Eczema saya di bahagian tapak tgn, siku, leher sometimes di muka. Jadi saya nak minta pendapat vitaman apa yg sesuai saya amalkan… Baca lagi...
52 hari
Razi
Anak saya umur 5 bulan, menghidap ekzema hi doktor…sy nk bertanya berkenaan dgn anak sy…ank sy brumur 5bln…dye menghidap ekzema…blh ke sy pkai untuk bAyi y mempunyai penyakit ekzema? Baca lagi...
22 bulan
Vince
Adakah orang dewasa boleh terkena ekzema Hai doktor, Adakah org dewasa boleh terkena ekzema?ekzema boleh kena dekat celah2 tempat sulit ke? Baca lagi...
22 bulan
Anonymous
Ekzema pada kaki saya saya wanita 20 an. saya menghadapi ekzema yang teruk pada bahagian kaki sehingga mengganggu aktiviti harian dan kerja saya… sehingga sukar berjalan akibat terlalu sakit. saya rawatan pakar skin dah be… Baca lagi...
16 bulan
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!