
Sulit
3 tahun
Saya rasa mcm sesak nafas tapi mcm bukan
Saya ada masalah bila pagi².
Simptomnya;
1.kuat beremosi sedikit
2.xleh hirup udara sejuk aircond atau cuaca sejuk
3.mcm owg laen suka ckp dlm hati tapi saya suka bercakap dlm leher
4.terasa kering di bahagian dalam leher bila hirup udara sejuk
5.adakah tyroid saya bermasalah?
6.kadang baring halkum menekan sedikit pada bahagian leher rasa mcm xselesa bernafas
7.selera makan kurang sikit cbb memikirkan apa masalah saya ni
8.tolong doktor,saya dah p mcm2 klinik tapi masalah saya ttp gak sama.
9.hospital je belum lagi
10.terima kasih doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Berdasarkan gejala yang telah anda senaraikan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, gejala kesukaran bernafas pada waktu tertentu boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab, seperti:
- Masalah hidung tersumbat -lendir akibat selesema, atau perubahan cuaca yang sejuk
- Gangguan perasaan
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Trauma ataupun luka didalam struktur hidung
- Polip hidung
- kelainan struktur rongga hidung
- Ketumbuhan dalam hidung atau kerongkong
- Sinusitis
- Jangkitan kuman, virus
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.