
iskandarazman49
5 tahun
Saya sedang menjalani proses kuanrintin 14 hari dan saya diarah utk periksa suhu badan selalu di rumah dan isi pada borang sama ade demam atau tidak
bolehkah saya tahu suhu berapah kah dikatan demam saya melakukan pemeriksan suhu pada bahagian mulut menggunakan digital.themometer suhu saya berada sekitar 36.4-36.9 apabila setiap kali saya melakukan pemeriksaan adakah itu dikatan demam atau pun tidak berapakah suhu badan normal manusia

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, demam adalah merupakan reaksi tubuh badan kita terhadap jangkitan. Demam bukan penyakit, tetapi demam adalah merupakan gejala bagi sesuatu penyakit. Suhu tubuh manusia yang normal adalah sekitar 36.5℃-37.5℃.
Merujuk kepada bacaan suhu anda iaitu 36.4-36.9℃, hal ini menunjukkan suhu badan anda normal. Suhu demam bagi orang dewasa ialah 37.6 dan keatas.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini