Sulit
3 tahun
Saya selesema Dan kahak serta hingus Saya berdarah
Saya remaja 18 tahun…Sejak seminggu ini keadaan Saya begitu
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, selsema dan bersin yang kerap adalah petanda bahawa anda mempunyai sensitiviti yang tinggi ataupun dalam erti kata lain, alergi. Sebetulnya, hal ini boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Allergic rhinitis (resdung)
- Non-allergic rhinitis sepertic drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu pentuk peradangan hidung
- Occupational rhinitis - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk
- Infection rhinitis - jangkitan lapisan dalam hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak)
Dalam menangani alergi, yang utama adalah mengenalpasti penyebab alergi anda dan kemudian mengelakkan dari terdedah kepada faktor-faktor pemicu ( trigger ) tersebut. Merujuk kepada penjelasan anda, antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan berat gejala yang dialami adalah:
- memakai mask apabila keluar rumah untuk mengelakkan terdedah kepada habuk, debu dan pencemaran
- memakai sweater atau pakaian luar agar anda tidak terdedah secara langsung kepada angin sejuk
- mengamalkan diet seimbang yang mempunyai semua kelas makanan
- minum air yang banyak dan elakkan terjadinya dehidrasi
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan kerana dikhuatiri terdapat masalah kesihatan lain. Selain itu, sekiranya mahu mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.