
Sulit
4 tahun
Sebaceous cyst ( sternum )
Sy seorang wanita yg berumur 20 tahun. Baru-baru ni, sy didagnoskan inflamed sebaceous cyst. Saya nk tnya adakah vitamin c dpt mengaktifkan sebaceous Cyst ini ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, vitamin C bukan punca berlakunya sebaceous cyst. Antara punca sebaceous cyst adalah:
- kelenjar atau salurannya tersumbat atau rosak
- trauma
- masalah genetik seperti basal cell nevus syndrome
- pembedahan ke atas bahagian kulit tersebut
Get that perfect skin with the right skin care.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Get a Dermatologist to help you with your skin’s condition !