encikizzuanazmi
3 tahun
Sedu berpanjangan setelah mengambil antibiotik untuk batuk
Assalamualaikum doktor. Ayah saya berumur 58 tahun mengalami sedu selama 4 hari tidak berhenti. Sedu bermula apabila dia mengambil ubat batuk(antibiotik) dari klinik. Walaupun antibiotiknya sudah habis, tetapi sedunya tidak menunjukkan tanda berhenti dan berlarutan sehingga 4 hari. Apa puncanya? Adakah kesan sampingan ubat? Adakah ubat yang boleh menghentikan sedunya?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sedu ini tidak kebiasaannya tidak merujuk kepada masalah yang serius. Sedu yang berterusan boleh jadi disebabkan oleh:
- Kerosakan saraf atau kerengsaan saraf
- Penyebab sedu jangka panjang adalah kerosakan kepada atau kerengsaan saraf vagus atau saraf frenik, yang berfungsi mengawal otot diafragma.
Faktor-faktor yang boleh menyebabkan kerosakan atau kerengsaan kepada saraf ini termasuk:
- Kerosakan saraf vagus atau frenik
- Tumor, sista atau goiter di leher anda
- Refluks gastroesophageal
- Sakit tenggorok atau laringitis
- Gangguan sistem saraf
Sekiranya sedu ini kerap, kronik, dan berterusan (lebih dari 3 jam), mempengaruhi corak tidur, mengganggu makan, menyebabkan refluks makanan atau muntah, berlaku dengan sakit perut yang teruk, demam, sesak nafas, meludah darah, atau merasa seperti jika tekak akan sempit, amat disarankan untuk anda berjumpa doktor. Hal ini kerana, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.