zeeboy.zuma
4 tahun
Sejenis cecair jernih keluar selepas melakukan aktiviti persetubuhan dan apabila kencing terasa pedih
Saya lelaki berusia 33 tahun,berketinggian 165cm,berat dalam 84-85kg dan telah berkahwin menghadapi masalah pada bahagian sulit apabila melakukan persetubuhan bersama isteri setelah mencapai klimaks sejenis cecair jernih keluar melalui saluran bahagian sulit saya.Apakah penyakit saya ini bahaya dan apakah rawatan yang saya boleh ambil?sekiranya ada ubat-ubatan yg boleh saya beli di kedai2 farmasi berdaftar,apakah ubat yg perlu saya ambil?.masalah saya yang kedua ada,apabila kencing terasa pedih.sintom ini akan berlaku sekali sekala dan tidak kerap berlaku.Mohon penjelasan daripada pihak doktor.terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, cecair jernih yang keluar selepas persetubuhan biasanya adalah normal. Ia mungkin adalah lebihan air mani atau air mazi atau sedikit air kencing yang terkeluar. Dapatkan nasihat doktor jika terdapat cecair yang berwarna seperti nanah atau berbau.
Masalah kencing pedih boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan saluran kencing
- Masalah jangkitan kelamin
- Masalah batu karang
- Luka atau trauma pada kelamin/zakar
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.