
Sulit
5 tahun
Selalu berasa kekejangan di bahagian pinggang dan kesukaran untuk bernafas
Saya wanita berumur 19 tahun , sering mengalami kekejangan di bahagian pinggan dan kesukaran untuk bernafas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sesak nafas disertai kejang di sekitar pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Bagi mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.