Sulit
3 tahun
Selalu rasa tak selesa dalam perut
Saya ada masalah gastrik yg lama.
Bulan puasa berpuasa tiada masalah. Masalah bermula bermula apabila raya pertama saya makan banyak, sate,pulut dan rendang.
Lepas tu perut saya rasa macam tak selesa. Tak sakit. Tapi rasa mcm tersilap makan. Rasa macam asyik lampau. Ditambah dengan rasa panas dari perut naik ke tekak sehingga lidah rasa lebas. Saya juga rasa mcm tak puas bernafas dan perlu baring. Sendawa pun kerap. Batuk yg tidak sembuh walaupun makan antibiotik. Ia berpanjangan sampai ke hari ni. Kadang2 walaupun dah makan kenyang, saya tetap rasa terlalu lapar 2-3 jam kemudian, dan tersedar dari tidur waktu malam. Minta tolong sebab najis saya warna coklat, dan kadang2 agak lembik. Tapi bukan cair.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Demam tifoid
- Jangkitan pada usus
- Food poisoning
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.