Sulit
3 tahun
Selepas 2hari bersama suami,darah keluar
Saya berumur 28 tahun,dah berkahwin 2taun,baru2 ni saya perasan selepas bersama suami,2hari lepas tu akan keluar darah,darah akan keluar dlm 5,6 hari sperti darah haid,apabila darah berhenti,sya akn brsama suami balik,lepas 2 or 3hari darah mesti keluar semula selama 5,6 hari…saya dh 4 kali perasan stiap kali bersama suami pasti darah akn kluar stelah 2 or 3hari slepas itu…adakah berbahaya??sampaikan saya dh xtau y mna 1 haid dan y mna 1 drah kotor…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, gejala pendarahan yang keluar pada 2 hari selepas suami boleh disebabkan oleh dua perkara, iaitu kedatangan haid, ataupun pendarahan Postcoital Bleeding , iaitu berdarah khususnya selepas melakukan hubungan seks. Poscoital bleeding ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:
- Kecederaan pada vagina atau serviks
- Vagina kering atau tidak cukup pelincir ketika melakukan seks.
- Jangkitan kuman atau virus
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Kanser serviks
- Keradangan pada vagina atau serviks (akan disertai dengan sakit bawah perut dan keputihan aneh).
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Sekiranya anda mengalami pendarahan selepas bersama suami secara khususnya, maka ia mungkin disebabkan oleh iritasi pada vagina atau serviks akibat kegiatan seks yang ganas ataupun disebabkan oleh kurang pelincir semula jadi yang dirembeskan dari lubang faraj ketika hubungan seks. Oleh itu, kami sarankan anda untuk mencuba penggunaan pelincir khusus untuk bersama suami yang boleh didapati di farmasai berdekatan. Jika perkara ini tidak berkenaan atau perkara ini pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda kerana ia boleh disebabkan oleh penyakit rahim yang perlu disiasat lebih lanjut.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.