
Sulit
3 tahun
Selepas bersama hubungan intim rasa sakit pedih
Saya wanita berusia 24tahun. Nikah sudah setahun 2bulan. Tpi masih belum di kurniakan zuriat. Selepas bersama dgn suami. Air suami Sya sakit… saya tidak tahan hinggalah saya paksa keluarkan air suami. Kadang rahim saya terasa sakit. Apa yang patut saya buat doktor… saya teringin sngt nak zuriat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mempunyai masalah melakukan hubungan intim bersama suami kerana kesakitan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kesakitan yang anda alami dikenali sebagai dyspareunia. Ia adalah disebabkan, pemaksaan kepada faraj tanpa rangsangan seksual atau pelincir yang tidak mencukupi. Terdapat beberapa cara untuk mengatasi dyspareunia:
- Menggunakan cecair pelincir seksual
- Melakukan hubungan intim apabila kedua-duanya selesa
- Berkomunikasi dengan pasangan
- Kosongkan pundi kencing sebelum seks
- Mandi air suam sebelum seks
Bagi masalah suami pula, anda boleh mendapatkan pemeriksaan kesuburan. Untuk memastikan kuantiti dan kualiti air mani yang sihat. Tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal dan ujian klinikal yang tepat, kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan kepada anda dan suami.
Kami menyarankan agar anda merujuk masalah ini kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah