Sulit
3 tahun
Selepas makan ubat sembelit
Helo dok lps makan ubt sembelit , dan ubat2 buang toksin dan vitamin untuk perut mmg akan rasa perut berbunyi bunyi ka ? Sedangkan saya tak lapar pun , dan kadang2 sakit perut. Itu petanda apa ya doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, memang terdapat beberapa ubat serta vitamin seperti iron dan calcium yang menyebabkan kesan sampingan sembelit. Akan tetapi, saya kurang pasti dengan ubat dan vitamin yang anda ambil kerana maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.
Namun, sekiranya ubat yang anda ambil tersebut bukan ubat hospital tetapi makanan tamabahan, sukar untuk saya mengulas.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.