Sulit
3 tahun
Selepas mengamalkan makan asid folid beberapa hari saya merasa mual dan kembung perut serta dahaga . adakah saya perlu teruskan makan asid folid atau berhenti
hi doc . saya berumur 25 tahun . saya ingin bertanya selepas saya mengamalkan makan asid folid beberapa hari saya merasa mual kembung perut serta dahaga
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berkemungkinan gejala yang anda hadapi merupakan kesan sampingan ubat tersebut. Namun, saya tidak menolok mungkin terdapat keberangkalian masalah lain yang menyebabkan gejala tersebut.
Keputusan untuk berhenti mengambil asid folik bergantung dengan tujuan anda mengambil ubat tersebut. Sekiranya ianya hanya ubat tambahan maka, anda boleh berhenti mengambil. AKna tetapi, sekiranya ubat tersebut diberi oleh doktor untuk tujuan rawatan, maka anda harus berjumpa dengan doktor untuk berbincang sebelum berhenti mengambil ubat tersebut.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.