
mazlianadepi10
5 tahun
Selepas pembedahan tonsil
Saya seorang pelajar yang berumur 17 tahun.3 hari yang lepas saya telah menjalani pembedahan tonsil.Selepas waktu pembedahan itu,saya boleh makan macam biasa tapi saya sukar untuk minum air dan kerap membuang air liur.Apakah yang sebenar terjadi? Dan apakah pemakanan yang baik untuk saya makan sepanjang selepas pembedahan ini? Terima Kasih Doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kami tidak mempunyai maklumat tentang indikasi pembedahan, keadaan semasa pembedahan dan kondisi anda selepas pembedahan. Oleh itu, sebarang kesimpulan tentang masalah sukar untuk minum air dan kerap membuang air liur ini tidak boleh diberi. Kami menyarankan anda ke doktor yang melakukan pembedahan ini untuk konsultasi yang sewajarnya.
Nasihat secara am selepas pembedahan tonsil ialah:
- elakkan makanan yang terlalu pejal, keras dan pedas untuk beberapa hari pertama selepas pembedahan untuk pembuangan tonsil
- Kerap minum air dalam kuantiti yang sedikit tanpa menyebabkan kesakitan pada tekak
- aiskrim dan agar-agar boleh dimakan untuk mengurangkan sebarang rasa sakit pada tekak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.