
dinghazat
5 tahun
Self quarantine selepas pulang dari luar negara
ibu bapa saya pulang ke malaysia setelah ke eropah (german, austria dll.) dari 13/03 - 16/03). mereka sedang menjalani self quarantien. soalanya adakah ahli rumah yang lain boleh ke tempat kerja seperti biasa atau tidak? ibubapa setakat iji tidak menunjukkan sebarang simtom dan menjarakkan diri daripada ahli keluarga lain.

5 tahun
Salam sejahtera!
Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Untuk makluman anda, tiada keperluan bagi ahli keluarga yang lain untuk kuarantin.
Langkah self quarantine yang betul mestilah seperti berikut:
• Perlu sentiasa boleh dihubungi pada setiap masa.
• Sentiasa berada di rumah sepanjang dalam tempoh pengawasan ini.
- Tinggal di bilik berasingan dan menggunakan tandas yang berasingan (INI PENTING)
• Hadkan pelawat atau tetamu yang datang ke rumah anda.
• Senaraikan semua orang yang datang menziarahi anda.
• Sentiasa amalkan adab batuk yang baik.
• Sekiranya bergejala, sentiasa pakai face mask. Jika tidak memakai face mask, tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah dan CUCI TANGAN serta merta dengan sabun atau hand sanitiser.
• Hadkan jarak anda dengan mereka yang sihat sekurang-kurangnya 1 meter.
• Pakai face mask sekiranya keluar dari bilik dan elakkan bergaul dengan orang lain.
• Pastikan pengudaraan rumah dalam keadaan baik dengan membuka tingkap.
• Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri.
Pantau gejala COVID19 seperti:
- demam
- batuk
- sakit sendi
- kesukaran bernafas
- sakit kepala
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih sekali lagi. Saya berharap jawapan yang telah saya berikan boleh membantu anda.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini