Sulit
3 tahun
Selsema anak berpanjangan
Saya ada anak berusia 3 tahun… masalah yg dihadapi ialah selsema yang berpanjangan… saya sudah beri ubat selsema tapi pulih cuma dalam 2/3 hari sahaja… apakah masalah dan punca nya dan bagaimana hendak merawat…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, selsema berpanjangan boleh disebabkan:
- Jangkitan (virus berlainan setiap kali jangkitan)
- Resdung (alahan pada habuk, bulu binatang dan lain-lain)
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.