nurnazifahadirah
3 tahun
Selsema on and off
Boleh kah dr beri pendapat atau penerangan berkenaan dgn selsema. Abg sy selalu menghidap selsema a yg hilang datang. Selsema ini kebiasaannya akanserentak dgn pening kepala. Kebiasaannya pagi Dan malam. Ada juga masa dia akan selsema spnjg hari. Dia akan menghidap selsema sekiranya dia melakukan perkara seperti berikut.
- Tidak cukup tidur. Ini termasuk jika dia tidur lewat.
- Selepas mandi
- Bekerja berpanas.
4.terkena debu (ini mungkin disebabkan alahan)
Cuma sy ingin tahu adakah ini normal. Sbb dia almost everyday akan selsema. Dan ini mengganggu emosi abg sy.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh abang anda. Sekiranya seseorang mengalami gejala, semestinya ianya tidak normal (sekiranya normal yang anda maksudkan adalah sihat). Untuk makluman pihak anda, masalah selsema ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Allergi
Jangkitan bakteria atau virus
Sinusitis (Keradangan sinus)
Memandangkan gejala yang abang anda alami adalah belarutan, ianya berkemungkinan disebabkan sinusitis. Antara gejala sinusitis termasuklah:
Sakit kepala atau sakit pada tulang muka seperti pipi, tulang antara kening atau atas kening.
Hidung berhingus samada berwarna putih, kuning atau hijau
Tekak berkahak kerana cecair/lendir yang terhasil telah mengalir ke tekak
Demam jika dijangkiti kuman
Sakit telinga
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.