Sulit
4 tahun
Selsema yang berlanjutan
Hai. Saya berusia 20 tahun. Sejak akhir2 ini saya mengalami selsema. Saya sukar untuk bernafas apabila selsema datang. Kadang2 saya tengah buat kerja,hingus saya terkeluar dengan sendirinya. Hingus yang dikeluarkan tidak mengalami sebarang lendir tetapi hanya keluar dalam bentuk cecair sahaja. Saya juga kerap batuk. Batuk saya tidak mengeluarkan darah. Kebiasaannya saya akn letak ubat panas di bawah hidung untuk memudahkan saya bernafas dengan baik. Untuk pengetahuan doktor, saya memelihara kucing hutan dan saya mahupun keluarga tidak mempunya keturunan astma. Mohon perjelasan daripada doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, selsema yang berlanjutan boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Allergy and atopic seperti akibat allergic conjunctivitis dan allergic rhinitis
- Non-allergic sepertic drug-induced ataupun exercise induced
- Vasomotor rhinitis - satu pentuk peradangan hidung
- Occupational - terkait pekerjaan yang terdedah kepada habuk secara berterusan
- Infection - jangkitan lapisan dalam mata ataupun hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak) atau juga dikenali sebagai resdung
Sekiranya ia terjadi setiap pagi sahaja dan disertai bersin, kemungkinan besar ia adalah alergi. Dalam menangani alergi, yang utama adalah mengenalpasti penyebab alergi anda dan kemudian mengelakkan dari terdedah kepada faktor-faktor pemicu ( trigger ) tersebut. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan berat gejala yang dialami adalah:
- memakai mask apabila keluar rumah untuk mengelakkan terdedah kepada habuk, debu dan pencemaran
- memakai sweater atau pakaian luar agar anda tidak terdedah secara langsung kepada angin sejuk
- mengamalkan diet seimbang yang mempunyai semua kelas makanan
- minum air yang banyak dan elakkan terjadinya dehidrasi
Bagaimanapun, masalah seperti sinusitis dapat memperburuk masalah alergi. Justeru, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan dan mengenalpasti sinusitis. Untuk merujuk doktor, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.