
kambingboy94
5 tahun
Semakan tekanan darah
Selamat sejahtera…adakah normal bacaan tekanan darah di paras 120/66??mohon pencerahan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma. Julat bacaan tekanan darah yang normal sebelum ini adalah 120/80 mmHg dan definisi hipertensi ialah tekanan darah melebihi 140/90 mmHg.
Hipertensi juga diklasifikasikan sebagai:
Tekanan darah normal:
Tekanan sistolik < 120 mmHg
Tekanan diastolik < 80 mHg
Tekanan darah meningkat (Elevated blood pressure):
Tekanan sistolik 120-129 mmHg
Tekanan diastolik < 80 mmHg
Hipertensi Tahap 1:
Tekanan sistolik 130-139 mmHg
Tekanan diastolik 80-89 mmHg
Hipertensi Tahap 2:
Tekanan sistolik >140 mmHg
Tekanan diastolik > 90 mmHg
Krisis Hipertensi:
Tekanan sistolik > 180 mmHg
Tekanan diastolik > 120 mmHg
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.