Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Sembelit tahi lembik

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 18, 2020 7:21 AM

Sulit 8 bulan

Hai . Saya berusia 23 tahun . Sekarang saya sedang mengandung . Sebelum kahwin saya memang selalu mengalami sembelit sukar membuang air beras tahi kera s. Dan skarang masih sama . Cuma najis saya sudah lembut. Saya rasa hendak membuang tapi masih tak boleh membuang secara normal. Perku guna jari untuk mengeluarkan najis. Dan baru boleh keluar najis yg lembut tu. Mak ayah adik adik saya semuanya berak normal. Boleh saya tahu kenapa ? Saya pun banyak skip makan ubat zat besi. Dan masih sama. Tetap susah membuang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 8 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Pengaruh gaya hidup- Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air

  • Menunda buang air besar

  • Pengaruh ubat-ubatan- Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Antara langkah yang disarankan untuk anda adalah:

  • Banyakkan serat dalam pemakanan

  • Banyak minum air

  • Jangan tangguh apabila mahu ke tandas

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon May 18 2020 07:21:28 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Gastroenterologi tentang najis abnormal secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Pada mulanya sukar nak membuang, sembelit, sehari selepasnya pedih di dubur semasa buang air besar, najis hitam, sakit perut sebelah kiri Saya wanita berumur 28tahun. Saya sukar buang air besar sehari lepas, merasa sangat pedih di dubur ketika ingin buang air besar selepasnya. Angin, saya sendawa utk keluarkan. Pedih di dubur jika… Baca lagi...
27 hari
Sulit
Perut rasa tidak selesa dan selalu keluar bendalir putih dari dubur Asalamualaikum saya lelaki umur 18 tahun sebenarnya saya mahu ceritakan masalah saya begini sejak 2017 saya mengalami suatu keadaan di mana perut saya rasa tidak selesa dan bila rasa nak buang a… Baca lagi...
3 bulan
Sulit
Cacing semasa buang air besar Saya wanita berusia 20 tahun.Soalan saya ialah apabila saya buang air besar,terdapat cacing pada najis saya.Adakah saya perlu mendapatkan rawatan daripada doktor atau boleh sahaja dapatkan ubat … Baca lagi...
25 hari
Sulit
Buang air besar warna hijau dan cair Saya wanita 20 an saya sering membuang air yang berwarna hijau dan cair serta sakit di bahagia pinggul bagaimana untuk memulihkannya? Baca lagi...
35 hari
Sulit
Mengalami masalah membuang air besar, terdapat di tepi najis mempunyai putih saya wanita berumur 16 ,apabila saya membuang air besar dan didapati ada selaput putih di tepi najis,adakah itu jangkitan atau perkara biasa Baca lagi...
2 bulan