
Sulit
3 tahun
Senaman sesuai utk ibu hamil 1st trimester
Hi doctor. Sy berusia 35thn dan kini sedang hamil 12minggu anak kedua. Sy nak tnya, apakah senaman yg sesuai utk ibu hamil 1st trimester seperti sy? Sy risau akan tahap kesihatan sy kerana sudah lama duduk dirumah (wfh) sahaja. Sepanjang duduk dirumah, sy jadi tidak aktif mengeluarkan peluh dan hnya melakukan kerja rutin harian di rumah sahaja. Sy risau akan timbul pelbagai penyakit terutama nya masalah jantung. Moga jawapan doktor membantu saya terima kasih

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda yang kurang aktif pada waktu ini. Kami akan cuba membantu anda.
Senaman yang boleh dilakukan oleh ibu mengandung ialah :
- Berjalan/jogging
- Yoga
- Senaman aerobik ringan
- Berbasikal
- Menari (zumba)
Kami menyarankan anda untuk mendapatkan nasihat doktor mengenai senaman yang sesuai untuk anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama pakar ibu dan anak kami mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar ibu dan anak.